Wednesday 13 May 2015

Family is Everything


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . 

Lama sebenarnya tak post sesuatu kat blog ni . 2 tahun agaknya . 
Maklumlah zaman millenia ni mereput dengan smartphone . 

Tujuan nak menulis ni sebab dah lama fikir dan perhatikan gerak-geri dan ragam manusia.
Eh? Macam nak buat tesis psikologi . In Shaa Allah one day. :)

"Family Is Everything"
Perasan tak perkataan FAMILY satu perkataan yang tersangat istimewa . Antara sebabnya ialah capital ILY tu bermaksud "I Love You". Sweet kan?

Nak story pengalaman sikit .
Minggu lepas Aimi accident , Dah la sehari lagi nak masuk sambung belajar . Tapi hati ini sentiasa di sadokan dengan nasihat dan semangat oleh keluarga sendiri . Alhamdulillah . Kudrat ini kuat untuk terus hadapi kehidupan kembali . Tanpa mereka pasti jiwa dalaman meronta mencari kekuatan .

Bulan April dah berlalu . Teringat sewaktu tarikh lahir Aimi tahun ni . Mak berusaha beli bahan-bahan speghetti . Atas permintaan , Aimi yang masakkan untuk makan tengahari . 
Nasi ? Hurm tolak ketepi dulu . 

Family tak semestinya datang dari darah daging sendiri adakalanya hidup berjiran , persahabatan yang lebih erat dan persaudaraan yang telah lama terjalin . Orang seperti ini juga boleh dikategorikan sebagai "family" . 



Definisi keluarga oleh wikipedia :

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darahperkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah "darah" perlu difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah".

Sekarang , Mari kita geledah pula definisi keluarga menurut agama islam :
Keluarga adalah satuan kerabat yang mendasar terdiri dari suami, isteri dan anak – anak. Keluarga dalam pandangan Islam memiliki nilai yang tidak kecil. Bahkan Islam menaruh perhatian besar terhadap kehidupan keluarga degan meletakkan kaidah-kaidah yang arif guna memelihara kehidupan keluarga dari ketidak harmonisan dan kehancuran. Kenapa demikian besar perhatian Islam? Karena tidak dapat dipungkiri bahwa keluarga adalah batu bata pertama untuk membangun istana masyarakat muslim dan merupakan madrasah iman yang diharapkan dapat mencetak generasi-generasi muslim yang mampu meninggikan kalimat Allah di muka bumi.