Friday 27 January 2012

Fixie atau Mountain Bike



Zaman Sekarang ramai sangat dah ada basikal fixie ! untunglah diorang . tapi serius aku memang tak suka fixie sebab body dia body basikal tua . hehe . kan basikal tu dah lama keluar sejak 1950 tahun dulu lagi . 

Lagi pon ada sesetengah basikal fixie tak mempunyai brek [ yang ada pon diorang upgrade sendiri untuk keselamatan ] so kalau nak brek kena guna kaki lah jawabnya , tak takut " accident " ? aku dah serik dah . sebab dulu aku pernah " accident " dengan Kak Cik aku . sakit tau .  huhuhu

Walaupun kelemahan sesetengah fixie ni tadak brek  , tapi orang tetap suka sebab keunikan warna  pada rim tayar yang nipis dan basikal fixie ni boleh mengayuh secara mengundur .  hebat lah jugak . tapi tak bermakna aku jatuh hati kat basikal ni . hehe 

Basikal Gunung atau sekarang ramai yang cakap " Mountai Bike Atau MTB " . "First Time" aku tengok jiran aku menunggang basikal MTB ni aku dah mula teringin nak naik . Basikal jenis MTB selalunya dibawa
pengembaraan di kawasan gunung . wahh . syoknya . boleh tengok ciptaan Allah yang cantik dan indah di kawasan pergunungan , tak lah penat sangat kayuh basikal tu . hee 

Aku suka MTB sebab kelengkapan pada basikal yang mempengaruhi keselamatan semasa mengunggang basikal ni . Kawan - kawan aku cakap tayar basikal MTB tebal . haha . Ada Aku Kisah ? taulah korangkan suka basikal fixie yang tayar nipis tu . hehe . 

Aku ada terbaca artikel kat satu laman web ni tentang beberapa kelebihan menggunakan basikal gunung atau Mountain Bike . Basikal ni jugak lebih sinonim dengan Basikal Pergantungan Gunung . Ia boleh didapati dengan pergantungan tunggal dan dua . 

Fungsi penggantungan utama dalam basikal MTB ni adalah untuk mengekalkan hubungan antara roda dan tanah dan membuat perjalanan yang selesa dan selamat. Mekanisme musim bunga hadir dalam penggantungan  mungkin  bergerak ke atas dan ke bawah dan meningkatkan daya tarikan itu. Ciri penggantungan membantu penunggang untuk mengekalkan kawalan walaupun pada kelajuan tinggi.
 
Sebuah basikal penggantungan tunggal dilengkapi dengan penggantungan di roda depan. Ia agak ringan daripada basikal penggantungan dua, oleh itu adalah lebih berkesan, dan ia adalah jauh lebih mudah untuk mengekalkan. Tetapi faktor negatif ialah ia tidak dapat menandingi keupayaan menyerap kejutan daripada basikal penggantungan dua.

Penggantungan duaan pula ialah pengubahsuaian yang dibuat dalam basikal penggantungan dua menjadikannya lebih berkesan daripada basikal penggantungan tunggal. Walaupun berat, penggantungan tambah meningkatkan daya tarikan, yang membolehkan Bikers untuk perjalanan yang lebih cepat dan lagi mengekalkan kawalan semasa menunggang . 

Huh . penat menaip tapi terus terang aku copy sikit ayat dari artikel tu . sharing is caring kan . hehe . hmm . bila lah aku nak dapat MTB ni . Abah aku cakap lepas PMR dia nak belikan tapi dengan syarat . keputusan aku mesti cemerlang . InsyaAllah Abah , Aimi pasti buat yang terbaik . :) 

Sumber :- 1. Fakta Mengenai Basikal Fixie
                      2. Kelebihan Basikal Gunung / MTB 

P/s :- Maaf sebab guna perkataan " Aku " peace yo ! =)


10 comments: