Sunday 10 June 2012

Persahabatan A+




Selamat Sejahtera dan Selamat Malam . 
Lebih kurang 2 bulan jugak aku tak tengok blog aku ni . 
Alhamdulillah masih berfungsi . haha 

Ramai diantara kita mempunyai sahabat kan . Semua boleh percaya ? hmm . aku rasa tak ! 
sebab sahabat baik aku sendiri pernah mengkhianati aku . 
Dulu ada jugak rasa sedih tapi sekarang aku tak kisah dah , biarlah kat dia . Asalkan dia bahagia :)

Kawan memang senang cari tapi yang dinamakan "sahabat" memang susah nak cari . 
Kebanyakkan kawan suka kawan dengan kita bila kita "senang" tapi bila kita "susah" hilang terus ! hampeh lah macam tu .. 

Persahabatan perlu ada KEIKHLASAN . Kalau tak ikhlas macam mana nak bahagia kan . Asalkan Niat kita baik berkawan dengan seseorang , jangan disebabkan "si dia" tu kaya , berharta atau "hot" kita tetiba ja nak berkawan dengan dia . Jangan ! Tolong hentikan . 

Seterusnya , persahabatan juga perlu KEJUJURAN . kalau tak jujur macam mana nak kekal . Ini tak bila berbual je mesti nak menipu , bila dapat tau perkara yang sebenar memang habislah persahabatan tu . 
 benar kata pepatah " sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" .

Selain itu ,  persahabatan sangat perlu KEPERCAYAAN . Jangan ambil mudah , kepercayaan amat penting dalam persahabatan . Kalau kita yakin bahawa sahabat kita betul-betul boleh percaya , kita boleh luahkan segala perasaan kita . tapi kalau was-was baik tak payahlah . lebih baik luahkan kepada ahli keluarga  kalau ahli keluarga memahami perasaan kita . 

Kesimpulannya , carilah sahabat yang boleh bawa kita ke Syurga . Kalau lah suatu hari sahabat tu jadi pengkhianat seperti cerita aku tadi tolong jangan pulaukan dia kepada orang lain  . Sebaik-baiknya kita sabar  . memaafkan dia dengan hati yang ikhlas  dan bertawakal kepada-Nya . Dengan Izin-Nya kita hidup akan kita dipermudahkan .

Terima Kasih :)

Creadits :  Idea Asal - Cik Aimi
                    Gambar   - Mr.Google






1 comment: